UtamaResepi Biskut Popia Cheese

Popia Cheese

Posted in : Biskut on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Popia Cheese adalah salah satu kudapan yang menjadi kegemaran ramai di mana ianya terkenal dengan rasanya yang lazat disamping mudah untuk disediakan. Di sini, kualisudip.com akan berkongsikan resepi ringkas dan mudah Popia Cheese lazat untuk rujukan semua.

Bahan Masakan

  • 1 Bungkus Kulit Popia (digunting ke dalam saiz kecil mengikut citarasa anda)
  • 8 Sudu Besar Serbuk Keju (Cheese Powder)
  • 2 Sudu Besar Serbuk Cili
  • 4 Sudu Besar Gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Popia Cheese

  1. Kisar halus serbuk keju (cheese powder), serbuk cili, gula dan garam.
  2. Goreng kulit popia yang siap digunting di dalam minyak panas sehingga menjadi warna kuning keemasan. Pastikan goreng di atas api yang perlahan untuk mengelakkan kulit popia terlebih masak atau hangus. Setelah siap menggoreng, toskan.
  3. Masukkan semua kulit popia yang siap digoreng bersama bahan kisar ke dalam balang plastik bertutup (saiz balang bergantung pada kuantiti kulit popia yang digoreng). Goncang perlahan- lahan sehingga semua bahan sebati. Elakkan menggoncang dengan kuat kerana kulit popia yang digoreng mudah pecah.
  4. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Penyediaan Popia Cheese ini sangatlah mudah dan pastinya tidak mengambil masa yang lama. Ia juga sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Sekiranya anda menyukai resepi ini, anda pasti akan menyukai resepi Kek Batik Biskut Marie pula untuk dijadikan menu pilihan anda akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *