UtamaPemakanan Sihat Ikan Sardin Masak Kicap

Ikan Sardin Masak Kicap

Posted in : Pemakanan Sihat on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Ikan Sardin Masak Kicap adalah salah satu hidangan yang sangat menyelerakan yang mana ianya merupakan salah satu kepelbagaian dalam menu masakan ikan sardin. Berikut dikongsikan cara-cara penyediaan Sardin Masak Kicap yang mudah dan ringkas bagi rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 1 Tin Ikan Sardin Saiz Sederhana
  • 3 Biji Bawang Merah (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat)
  • 1 Inci Halia (dihiris)
  • 1 Biji Cili Besar (dihiris)
  • 5 Biji Cili Padi (dipotong tengah)
  • 1 Keping Asam Gelugur
  • 5-7 Sudu Besar Kicap Manis
  • 1/2 Cawan Air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Ikan Sardin Masak Kicap

  1. Panaskan minyak masak dan mula menumis bawang merah, bawang putih, halia yang siap dihiris sehingga naik bau dan wangi.
  2. Masukkan cili padi dan cili besar yang siap dihiris, asam keping gelugur bersama kicap manis dan sos dalam tin sardin. Kacau rata masakan tersebut.
  3. Masukkan air dan garam secukupnya ke dalam masakan tersebut. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan sardin bersama hirisan bawang besar. Masak dengan api sederhana sehingga kuah mendidih.
  5. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap ini sesuai untuk dijadikan hidangan tengahari mahupun malam dengan jumlah hidangan 3 hingga 4 orang. Penyediaan hidangan ini lebih lazat sekiranya anda menggunkan ikan sardin jenama Ayam Brand kerana isi ikan dan sos yang sedap. Untuk merasai kepelbagaian dalam menu masakan ikan sardin, anda juga boleh mencuba resepi Asam Pedas Ikan Sardin untuk masakan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *