UtamaResepi Makanan Kampung Sambal Bilis Goreng

Sambal Bilis Goreng

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Sambal Bilis Goreng adalah hidangan ringkas yang sedap dan mudah disediakan. Kualisudip.com tidak ketinggalan juga dalam menyediakan resepi Sambal Bilis Goreng yang ringkas dan mudah untuk anda semua.

Bahan Masakan

  • 1/2 kg Ikan Bilis
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 2 Senduk Cili Kisar
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Bilis Goreng

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukupnya. Gaul sehingga sebati.
  5. Masak sehingga mendidih dan sambal tumis menjadi sedikit kering.
  6. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng dalam tumisan tersebut. Gaul sehingga rata di atas api yang kecil.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Hidangan Sambal Bilis Garing ini akan menjadi lebih lazat sekiranya dimakan bersama nasi putih panas. Ianya juga sesuai dihidangkan bersama roti putih dan boleh menjadi hidangan sampingan atau hidangan pelengkap masakan Sayur Fucuk Tumis Air. Untuk menu seterusnya, anda boleh mencuba resepi Sambal Telur Hancur untuk masakan hidangan anda akan datang. Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *