UtamaResepi Makanan Kampung Sambal Telur Hancur

Sambal Telur Hancur

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Sambal Telur Hancur adalah masakan paling mudah disediakan dan rasanya pula memang sedap. Halaman ini akan berkongsi resepi sambal tumis telur yang mudah dan ringkas untuk rujukan anda semua.

Bahan Masakan

  • 8 Biji Telur
  • 1 Biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 2 Senduk Cili Kisar
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Telur Hancur

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang siap dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukupnya. Gaul sehingga sebati.
  4. Masak sehingga mendidih dan sambal tumis menjadi sedikit kering.
  5. Masukkan telur satu persatu ke dalam tumisan tersebut.
  6. Biarkan seketika sehingga telur hampir masak, kemudian gaul rata.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Hidangan Sambal Telur ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama nasi panas. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Tauhu Bergedil Sardin dan Tauhu Bergedil Daging untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *