Tauhu dan Tempe Goreng
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Tauhu dan Tempe Goreng adalah salah satu resepi makanan kegemaran ramai yang paling mudah dan ringkas penyediaannya. Walaupun hanya digoreng sahaja, ianya cukup menaikkan selera bagi semua penggemar tauhu dan tempe. Halaman ini akan berkongsi resepi Tauhu dan Tempe Goreng yang lazat untuk rujukan anda semua.
Bahan Masakan
- 6 Paket Tempe
- 8 Tauhu
- Serbuk Kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak secukupnya
Cara Penyediaan Tauhu Goreng
- Basuh bersih Tauhu. Setelah siap, toskan airnya.
- Potong Tauhu kepada empat bahagian setiap satu.
- Lumurkan sedikit garam pada Tauhu dan biarkan seketika.
- Panaskan minyak dan mula menggoreng Tauhu.
- Goreng sehingga Tauhu sepenuhnya bertukar menjadi warna kuning keemasan. Sekiranya anda ingin Tauhu separuh masak, goreng sekadarnya sehingga Tauhu menjadi sedikit kuning keemasan. Setelah siap, angkat dan toskan minyaknya.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Tips: Jangan menggaul terlalu kerap sama ada semasa memasak ataupun semasa melumur garam bagi mengelakkan Tauhu hancur.
Cara Penyediaan Tempe Goreng
- Potong Tempe mengikut citarasa anda dan ketepikan.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan sedikit air ke dalam mangkuk, kemudian gaul rata.
- Masukkan Tempe dalam mangkuk tersebut dan lumurkan kunyit pada Tempe. Biarkan seketika.
- Panaskan minyak dan mula menggoreng Tempe.
- Goreng sehingga Tempe sepenuhnya bertukar menjadi warna kuning keemasan. Setelah siap, angkat dan toskan minyaknya.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Tips: Jangan memotong Tempe terlalu tebal bagi mengelakkan Tempe kurang masak di dalamnya.
Resepi Tauhu dan Tempe Goreng ini lebih sedap sekiranya dimakan bersama nasi putih panas juga dengan pencicah sambal ayam penyet. Untuk membuat sambal penyet, kami telah menyediakan resepi Sambal Ayam Penyet yang ringkas dan mudah untuk anda semua. Selamat mencuba.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.