Sayur Fucuk Tumis Air
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Sayur Fucuk Tumis Air adalah menu pilihan ramai yang mana ianya sesuai dihidang untuk semua peringkat umur. Kali ini, kualisudip.com akan berkongsi resepi mudah dan ringkas Sayur Fucuk Tumis Air untuk rujukan anda semua.
Bahan Masakan
- 1 Biji Bawang Besar (dihiris halus)
- 4 Ulas Bawang Putih (dihiris halus)
- 1/2 Inci Halia (diketuk)
- 2 Biji Cili Besar Merah (dipotong mengikut citarasa)
- 2 Paket Sayur Fucuk, Suun & Cendawan (dibasuh bersih dan direndam terlebih dahulu)
- 3 Biji Kentang (dibuang kulitnya dan dipotong mengikut citarasa)
- 2 Biji Lobak Merah (dibuang kulitnya dan dipotong mengikut citarasa)
- 3 Biji Telur
- 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Putih
- 1 Kiub Pati Ayam
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak Masak secukupnya
Cara Penyediaan Sayur Fucuk Tumis Air
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili besar merah sehingga naik bau dan wangi.
- Masukkan air secukupnya. Kemudian, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya. Gaul rata dan biar mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga sayur menjadi separuh empuk.
- Masukkan serbuk lada putih, sayur fucuk, suun dan cendawan ke dalam didihan tersebut. Masak sehingga suun menjadi kembang.
- Perlahankan api. Kemudian, masukkan telur satu per satu ke dalam tumis air tersebut. Biar seketika sehingga telur masak.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Resepi Sayur Fucuk ini amatlah ringkas dan rasanya pasti menyelerakan. Hidangan ini akan lebih sedap sekiranya dimakan bersama nasi putih panas dan sambal goreng ikan bilis. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Pecal Telur untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.