Kangkung Goreng Belacan
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Kangkung Goreng Belacan adalah salah satu hidangan sampingan yang sangat lazat dan juga berkhasiat. Penyediaan hidangan ini amatlah mudah dan pastinya tidak mengambil masa yang lama. Pada halaman ini, kualisudip.com ingin berkongsi resepi yang mudah dan ringkas dalam penyediaan sayur kangkung belacan.
Bahan Masakan
- 4 Ikat Sayur Kangkung
- 1/2 Biji Belacan Bakar saiz kecil (dikisar halus)
- 20 Biji Cili Padi (dikisar halus)
- 8 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
- 6 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
- 1 Genggam Kecil Ikan Bilis (ditumbuk kasar)
- Minyak Masak secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Kangkung Goreng Belacan
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama ikan bilis yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
- Masukkan batang sayur kangkung dan gaul rata. Masak sehingga batang sayur kangkung menjadi separuh lembut. Letak sedikit air sekiranya perlu untuk melembutkan batang sayur kangkung tersebut.
- Masukkan lebihan sayur kangkung dan kemudian gaul rata. Masak sehingga semua sayur kangkung menjadi lembut.
- Masukkan garam secukupnya dan gaul rata semua bahan.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Menu sayur kangkung goreng belacan ini pastinya menjadi salah satu menu kegemaran bagi penggemar sayur kangkung. Hidangan berasakan sayur kangkung ini juga boleh dipelbagaikan bergantung kepada citarasa seseorang. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com akan berkongsi resepi sayur kangkung tumis tauchu yang mudah dan lazat untuk rujukan penggemar sayur kangkung.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.