Ayam Masak Halia
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Ayam Masak Halia adalah salah satu menu yang ringkas dan sangat menyelerakan disamping penyediaannya amatlah mudah. Kali ini, kualisudip.com akan menyediakan resepi Ayam Masak Halia yang mudah dan ringkas untuk rujukan semua.
Bahan Masakan
- 1/2 kg Ayam (dibasuh bersih dan dipotong mengikut citarasa)
- 1 Biji Bawang Besar (dihiris kasar)
- 3 Ulas Bawang Putih (dihiris kasar)
- 5 cm Halia (dihiris kasar)
- 2 Biji Cili Merah Besar (dipotong mengikut citarasa)
- Sedikit Daun Bawang (dipotong mengikut citarasa)
- 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Putih
- 4 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Kecil Kicap Pekat Manis
- Air Bancuhan Tepung Jagung
- Minyak Masak secukupnya
- Serbuk Kunyit secukupnya
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
Cara Penyediaan Ayam Masak Halia
- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Setelah masak, angkat dan toskan ayam yang siap digoreng. Ketepikan.
- Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ayam tadi, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang siap dihiris sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang siap digoreng tadi bersama sos tiram, kicap pekat manis dan serbuk lada putih. Gaul rata.
- Masukkan cili merah besar yang siap dipotong bersama air bancuhan tepung jagung dan gaul rata sekali lagi.
- Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit.
- Hias dengan daun bawang jika mahu.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Ayam Masak Halia ini akan lebih lazat sekiranya dimakan bersama nasi putih panas. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Ayam Goreng Kunyit untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.