Pecal Telur

Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah

Pecal Telur merupakan salah satu hidangan jawa yang berasaskan santan dan herba. Herba yang digunakan adalah cekur atau orang jawa panggil kencur. Halaman ini akan berkongsi resepi Pecal Telur yang mudah dan ringkas untuk rujukan masakan anda semua.

Bahan Masakan

  • 15 Biji Telur
  • 1 Kotak Santan (dicampur bersama sedikit air)
  • 5 Biji Bawang Merah (dikisar halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 1/2 Inci Halia (dikisar halus)
  • 2 Inci Isi Cekur atau Kencur (dikisar halus)
  • 20 Biji Cili Padi Kampung (dikisar halus)
  • 3 Helai Daun Cekur atau Kencur (dihiris halus)
  • Air Asam Jawa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Pecal Telur

  1. Masukkan santan yang siap dicampur bersama sedikit air dengan semua bahan dikisar halus ke dalam periuk. Kemudian, gaul rata dan masak di atas api yang kecil hingga sedikit mendidih (Jangan sampai pecah santan).
  2. Masukkan garam secukup rasa, daun cekur yang siap dihiris bersama sedikit air asam jawa. Kemudian, gaul rata.
  3. Pecahkan telur dan masukkannya satu per satu ke dalam kuah pecel di atas api yang sederhana. Biar seketika sehingga telur masak.
  4. Masak sehingga kuah pecal mendidih dan sentiasa gaul perlahan kuah pecal untuk mengelakkan santan pecah.
  5. Siap dihidang dan dimakan.

Resepi Pecal Telur ini amatlah ringkas dan rasanya pasti menyelerakan. Hidangan ini akan lebih sedap sekiranya dimakan bersama nasi putih panas. Untuk menu seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan resepi Ikan Kukus Halia untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *