Kerang Rebus Serai
Posted in : Makanan Kampung on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Kerang Rebus Serai merupakan masakan kampung berasaskan makanan laut yang paling mudah disediakan dan pastinya sangat menyelerakan. Hidangan ini sering menjadi hidangan pilihan bagi hampir semua penggemar makanan laut. Untuk ruangan kali ini, kualisudip.com akan berkongsi resepi mudah dan ringkas penyediaan kerang rebus serai untuk rujukan semua. Selamat Mencuba.
Bahan Masakan
- 2Kg Kerang
- 3 Batang Serai (diketuk)
- 5 Ulas Bawang Putih (diketuk)
- 1 Sudu Besar Garam
- Air secukupnya
Cara Penyediaan Kerang Rebus Serai
- Basuh semua kerang sehingga cukup bersih. Kebiasaanya kami membasuh kerang dengan memberus cengkerangnya sehingga lumpur dan lumut tanggal. Bilas 3 – 4 kali kerang tersebut sehingga air bilasan menjadi bersih.
- Masukkan kerang, serai dan bawang putih yang siap diketuk, garam secukupnya bersama sedikit air ke dalam periuk.
- Masak sehingga kerang cukup masak (cengkerangnya terbuka) dengan periuk bertutup.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Resepi ini sesuai untuk dijamukan kepada 4 hingga 5 orang tetamu. Tambahan pula, hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh dimakan bersama kuah pencicah seperti sambal Thai, air asam, sambal cuka atau sambal kicap. Untuk resepi seterusnya, kami menyediakan resepi ayam goreng rangup untuk panduan semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.