Tteokbokki Korea
Posted in : Makanan Korea on by : Nor Rabiatul Adawiyah
Tteokbokki Korea merupakan salah satu pilihan makanan kegemaran ramai yang berasal dari Korea. Menu ini memberikan gabungan rasa pedas dan manis dalam hidangan anda. Kali ini, kami akan berkongsi resepi Tteokbokki Korea yang lazat untuk rujukan masakan anda.
Bahan Masakan
- 350g Korean Rice Cake
- 150g Korean Fish Cake (dibilas dengan air panas dan dipotong mengikut citarasa anda)
- 2 Cawan Stok Korea Sup (Dried Kelp & Dried Anchovy Stock)
- 1 Biji Bawang Besar (dicincang kasar)
- 2 Sudu Besar Gochujang
- 1 1/2 Sudu Besar Gula Perang
- 1 Sudu Besar Kicap Lemak Manis
- 1 Sudu Kecil Bawang Putih Cincang
- 1 Sudu Kecil Serbuk / Kepingan Lada Cili Merah
- 1 Sudu Kecil Bijan (disangai)
- 1 Sudu Kecil Minyak Bijan
- 1 Tangkai Daun Bawang (dicincang halus)
Cara Penyediaan Tteokbokki Korea
- Rendam Korean rice cake dalam air suam selama 10 minit.
- Rebus Stok Korea Sup di atas api sederhana, kemudian masukkan gochujang, gula perang, kicap lemak manis, bawang putih cincang dan serbuk lada cili merah. Gaul rata dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan Korean rice cakes, fish cakes and bawang besar yang siap dicincang. Gaul rata dan masak sehingga rice cakes menjadi cukup masak (anggaran 3-5 minit).
- Reneh lagi di atas api yang kecil selama 2-4 minit sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan minyak bijan, bijan yang siap disangai bersama daun bawang ke dalam renehan tersebut. Gaul rata.
- Siap untuk dihidang dan dimakan.
Menu Tteokbokki Korea ini pastinya dapat membuka selera semua terutama bagi penggemar makanan Korea. Sekiranya anda teringin mencuba makanan popular dari Korea ini, anda boleh ikuti resepi yang dikongsikan. Untuk menu yang seterusnya, kualisudip.com telah menyediakan menu Ayam Bakar ala Nandos untuk anda semua.
Minat makan, mendorong penulis kepada minat memasak.
Mencuba dan mengolah resipi, seterusnya menulis resipi masakan yang enak untuk dikongsi.